Gambar hiasan

RIYADH – Tiada berbuka puasa atau sahur di restoran, hotel dan masjid sepanjang Ramadan yang bermula pada bukan hadapan.

Langkah itu telah dipersetujui oleh enam kementerian sebagai usaha untuk mengekang penularan koronavirus pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, lapor Saudi Gazette.

Selain itu, kementerian di Arab Saudi juga telah meluluskan cadangan untuk melanjutkan waktu kerja dan operasi di pusat membeli-belah kepada 24 jam.

Namun terdapat pengemaskinian protokol untuk pembungkusan makanan di restoran serta pesanan penghantaran makanan.

Ia dilakukan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang mungkin terjadi ketika menunggu waktu berbuka puasa.

Bagaimanapun pembahagian makanan untuk iftar di Masjidil Haram dibenarkan semula pada bulan Ramadan ini, dan permohonan permit diperlukan secara online.

Permit diperlukan untuk mengadakan majlis berbuka di sekitar bandar Makkah, termasuk di jalan-jalan rayanya.

Untuk rekod, semua ibadah di Masjidil Haram pada tahun lalu digantung kerana penularan Covid-19.- MalaysiaGazette