Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong (kanan), Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran (kiri) pada Perasmian Persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto SYAFIQ AMBAK, 27 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenuhi jemputan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, hari ini.

Beliau yang berpakaian serba putih serta berkopiah turut menyertai upacara menaikkan ‘Sang Saka Bangsa’ bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Abdul Hadi diberi penghormatan untuk berada sepentas dengan barisan kepimpinan tertinggi UMNO bagi mendengar ucapan Dasar Presiden yang akan disampaikan oleh Ahmad Zahid, pagi ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, Abdul Hadi menerima jemputan untuk menghadiri perhimpunan terbesar UMNO yang merupakan antara parti tertua di negara ini.

PAU 2020 diadakan selama dua hari bermula semalam selepas setahun ditangguhkan susulan pandemik Covid-19.

Semalam berlangsung perasmian dan persidangan serentak tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang menyaksikan pemantauan ketat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perhimpunan edisi kali ini juga berjalan dalam keadaan sederhana tanpa sambutan besar-besaran seperti kelazimannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Santunilah presiden PAS ini sebaik mungkin. Bekerjasamalah dengan Muafakat Nasioanl, kedua2nya saling memerlukan demi kelansungan Islam dan Melayu dinegara ini! Ianya kunci kejayaan!

Comments are closed.