Seorang penolong ketua kampung maut ditembak ketika menaiki motosikal dalam perjalanan ke sebuah pekan dalam daerah Bacho di Narathiwat hari ini.

NARATHIWAT (Selatan Thailand) – Seorang penolong ketua kampung maut ditembak ketika menaiki motosikal dalam perjalanan ke sebuah pekan dalam daerah Bacho di Narathiwat hari ini.

Ketua Polis Bacho Kolonel Dulayaman Yaena berkata lelaki berusia 50 tahun itu merupakan Penolong Ketua Kampung Lubuk Batu dan ditemukan maut oleh penduduk pada kira-kira 1.15 petang (waktu tempatan).

“Siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal berseorangan itu dalam perjalanan ke Pekan Bacho selepas menghadiri satu mesyuarat.

“Mangsa ditembak sekurang-kurangnya tiga kali di bahagian kepala oleh suspek yang menunggang motosikal dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast