Aplikasi 'Putra Voting' yang dibangunkan oleh UPM.

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi iInstitusi pengajian tinggi (IPT) pertama membangunkan aplikasi mudah alih sendiri dalam pelaksanaan pilihan raya kampus dikenali Putra Voting.

Ia bagi tujuan melantik barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baharu dengan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu selaku Jawatankuasa Penasihat Pemilihan MPP berkata, aplikasi Putra Voting itu dibangunkan khas oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumninya, Prof. Dr. Arifin Abdu selaku Jawatankuasa Penasihat Pemilihan MPP

Jelasnya, pembangunan aplikasi ini adalah Inisiatif Pendigitalan Kampus Pintar UPM yang dirangka melalui Pelan Strategik PUTRA H.E.P.A 2021-2023 dan UPM merupakan universiti pertama yang menggunakan aplikasi telefon pintar (Putra Voting) di Malaysia.

“Putra Voting adalah transformasi sistem aplikasi e-kertas undi yang dinaiktarafkan selaras dengan pelaksanaan norma baharu.

“Melalui aplikasi ini, UPM menjadi perintis kepada penggunaan aplikasi telefon pintar bagi sistem pengoperasian iOS dan Android.

“Saya juga yakin bahawa aplikasi ini dapat memberi impak yang positif kepada proses pengundian kerana ianya dapat dilaksanakan di mana-mana sahaja dengan lebih efektif dan pantas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Prof. Arifin berkata, undian telah dilaksanakan semalam tanpa gangguan teknikal.

Menurutnya, seramai 11 calon umum telah diundi bagi kawasan umum dan 2 calon lagi akan diundi bagi setiap fakulti (15 fakulti) dan sekolah (2 sekolah) – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast