Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat Pahang, Datuk Halidan Md Daud.

KUANTAN – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang melancarkan wajah baharu aplikasi Bizzakat sempena penjenamaan semulanya.

Pengurus PPZ Pahang, Datuk Halidan Md Daud berkata, aplikasi Bizzakat merupakan satu platform atau pangkalan kepada usahawan beragama Islam negeri ini untuk mempromosikan perniagaan masing-masing dengan menggunakan teknologi semasa.

Aplikasi berwajah baharu ini memuatkan pelbagai jenis perkhidmatan mengikut lokasi di 11 daerah sekitar Pahang bagi memudahkan pelanggan mengakses, seterusnya memilih jenis pekhidmatan yang diperlukan.

Selain aplikasi untuk memperkenalkan jenis perniagaan yang ditawarkan, bantuan zakat seperti modal atau peralatan dari Majlis Ugama Islam Pahang juga dibekalkan kepada  usahawan-usahawan Asnaf’.

“Hanya ahli Bizzakat yang berdaftar boleh menggunakan logo pada produk keluaran mereka dan dibekalan nombor siri kod pengimbas.”

“Ahli Bizzakat ini berada di setiap daerah dalam negeri Pahang dan terdiri dari pelbagai kategori, seperti peruncitan, ternakan, tanaman dan pelbagai jenis perkhidmatan,” Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas MajlisPelancara Aplikasi BizZakat di Bangunan Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Tambah beliau, aplikasi Bizzakat ini bukan sahaja sebuah direktori atas talian, bahkan menggalakan penyertaan peniaga baharu, sekali gus menjadi penyumbang zakat.

Halidan berkata, jumlah pembayar zakat perniagaan Pahang meningkat 10 hingga 20 peratus setiap tahun.”

Sehingga kini seramai 2,584 usahawan Bizzakat dan jumlah tersebut dijangka  bertambah lebih 1,000 lagi dalam masa terdekat ini apabila maklumat mengenai perniagaan selesai  dikemas kini.

Dengan penjenamaan semua aplikasi tersebut, Halidan berharap usahawan Bizzakat membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri. –  MalaysiaGazette