Bas Rapid Transit (BRT)

KUALA LUMPUR – Diskaun 20 peratus untuk tambang perkhidmatan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT), yang diperkenalkan pada tahun 2018 berakhir hari ini.

Prasarana Malaysia Berhad berkata, diskaun itu ditamatkan kerana rakyat Malaysia kini boleh menggunakan kemudahan pas perjalanan tanpa had, My30.

My30 diperkenalkan pada bulan Jun tahun lepas dan memberikan penjimatan yang jauh lebih besar.

Dengan My30, warganegara Malaysia boleh menggunakan semua perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL – Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan semua perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL termasuk BRT dan bas perantara Jom Naik MRT – tanpa had dengan hanya berbelanja RM30 untuk tempoh 30 hari. – MalaysiaGazette