Sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan tujuh negeri termasuk Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Kedah dengan 243 kes baharu Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini dengan lima daripadanya membabitkan tempat kerja manakala satu lagi kluster komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua daripada kluster itu ditemui di Johor, dua lagi di Selangor dan masing-masinbg satu di Pulau Pinang dan Pahang.

“Kluster-kluster itu adalah Kluster Bukit Serdang, Kluster Jalan Sungai Ramal, Kluster Jalan Permas Cetak, Kluster Kait Gading, Kluster Jalan Teluk Kumbar dan Kluster Taman Emas,” katanya menerusi kenyataan berhubung status terkini Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 14 kluster ditamatkan hari ini dengan kluster-kluster itu adalah Kluster Tapak Bina Jalan Segambut, Kluster Jalan Tun Mutahir, Kluster Persiaran Bunga Tanjung, Kluster Jalan Baru, Kluster Jalan Tronoh, Kluster Jalan Jaya, Kluster Jalan Kota Kulai, Kluster Jalan Cemerlang Besi, Kluster Persiaran Kempas Baru, Kluster Kampung Mak Teh, Kluster Jalan Permas Sembilan, Kluster Batu 21, Kluster Jalan Damansara, dan Kluster Jalan Melati),

Ujarnya, masih terdapat 362 kluster yang aktif dimana 55 daripadanya mencatatkan pertambahan kes baharu.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Jelawat (105 kes), Kluster Kait Gading (64 kes), dan Kluster Rimbayan (15 kes),” tambah beliau. – MalaysiaGazette