Ismail Sabri Yaakob targeted domestic travel bubble tourism Langkawi
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Dua individu ditahan dan dikompaun atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kedua-dua mereka telah dikompaun atas kesalahan merentas negeri dan daerah.

Kata beliau, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 48,495 pemeriksaan semalam bagi pematuhan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) dan PKP.

“Seramai 3,692 pasukan pematuhan melibatkan 15,737 anggota telah membuat pemantauan di 4,582 pasaraya, restoran (5,795), kilang (2,125), bank (3,011), pejabat kerajaan (1,019) dan penjaja (4,022).

“Turut dipantau ialah pasar awam dan tani (120), tempat ibadah (231), tempat riadah (16,447), terminal pengangkutan darat (3,194), terminal penangkutan air (1,807) serta terminal penangkutan udara (1,006),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, sebanyak 88 operasi sanitasi dilakukan meliputi 19 zon merah, enam zon jingga, 11 zon kuning dan lima zon hijau di seluruh negara.

Operasi sanitasi ini melibatkan 268 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 200 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 43 buah jentera JBPM, ujarnya.

Secara kumulatifnya, tambah beliau, sebanyak 19,998 operasi sanitasi yang merangkumi 153 zon telah dilakukan sejak 30 Mac yang melibatkan pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk PPR, tempat awam, pasar raya dan bangunan kerajaan. – MalaysiaGazette