MGNews: Tiada Lagi Calon PRU Lebih 65 Tahun – NGO

KUALA LUMPUR – Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) yang membentuk Gabungan Generasi Baharu hari ini mendesak agar satu usaha pemerajaan kuasa legistatif bagi penyegaran demokrasi negara dilakukan.

Jurucakap Gabungan Generasi Baharu, Fahami Ashrof Badaruddin berkata, mereka menuntut agar had umur calon bagi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) dihadkan kepada 65 tahun sahaja.