Sebanyak 13 kluster baharu Covid-19 hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, tujuh daripada kluster tersebut membabitkan tempat kerja, dua komuniti manakala satu lagi kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, tiga kluster ditemui di Sabah masing-masing dua di Selangor dan Negeri Sembilan serta dua lagi di Kuala Lumpur serta Terengganu.

“Kluster-kluster tersebut adalah Kluster Banjaran Gading, Kluster Simpang Empat, Kluster Industri Bukit Angkat, Kluster Jalan Taat, Kluster Jalan Bukit Nanas, Kluster Jalan Padang, Kluster Wakaf Chagak, Kluster Kalindukan, Kluster Permatang Pasir dan Kluster Pekan Batu,” katanya menerusi kenyataan mengenai situasi semasa Covid-19 hari ini.

Dalam pada itu Noor Hisham berkata, sebanyak sembilan kluster ditamatkan hari ini itu Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Damai Pelangi, Kluster Teknologi Berendam, Kluster Pasar Borong KL 2, Kluster Jalan Jasmine, Kluster Jalan Empat, Kluster Jalan Industri Kidamai, Kluster Subang Tiga, dan Kluster Persiaran Alam.

Tambahnya, kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (76 kes), Kluster Tapak Bina Sunsuria (55 kes), dan Kluster Persiaran Cassia Selatan (55 kes). – MalaysiaGazette