Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kes positif harian Covid-19 terus kekal empat angka untuk tiga hari berturut-turut apabila sebanyak 1,294 kes direkodkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu sebanyak 455 kes.

Kes sembuh baharu untuk hari ini adalah sebanyak 1,442 menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih daripada wabak itu berjumlah 332,443 kes, ujarnya.

Tambah beliau, seramai 168 individu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 78 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Noor Hisham memberitahu terdapat lima lagi kes kematian baharu direkoskan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat Covid-19 adalah sebanyak 1,283 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast