Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional yang wujud hasil gabungan 12 parti bukan milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas semata-mata.

Sebalik, menurut Tan Sri Annuar Musa ia adalah milik bersama rakyat yang mahu negara diselamatkan dan semuanya mempunyai peranan sama rata.

Justeru, bekas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional itu memohon izin UMNO  (yang turut berperanan dalam kerajaan PN) menyelesaikan kemelut itu dan Barisan Nasional tetap memikul tanggongjawab bersama untuk memastikan kerajaan berjaya.

Katanya, UMNO juga perlu mencari jalan untuk tampil lebih bertenaga supaya dapat terus fokus kepada kerja menyelamatkan nyawa, harta, ekonomi dan kesatuan bersama.

“Kita pastikan perang Covid-19 kita susuli hingga berjaya dan rakyat kembali kepada kehidupan saperti biasa. Insyaallah menjelang akhir 2021 kita raikan kemenangan bersama,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan juga melahirkan keyakinan bahawa kerajaan mampu menyegarkan semula ekonomi negara dan berada di landasan yang betul untuk bangkit sebagai negara yang sejahtera.

Mengenai Muafakat Nasional, katanya, gabungan kerjasama UMNO dan Pas itu boleh ditambah menjadi lebih segar, melebar dan merangkumi semua manakala Periktan Nasional terus didokong bersama.

“Rapatkan saf. Barisan dalam kerajaan tidak harus mudah digoyah. Pada kita ada tanggungjawab lebih besar. Mari kita letakkan rakyat di hadapan, jika tidak kita, siapa?

“Dengan izin Allah, serta berkat muafakat semua, kita pasti berjaya.

“Perikatan Nasional, kerajaan oleh semua untuk semua…Insyaallah,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. berambus masuk bangsatU sana,
    PAU da buat keputusan,
    buat apa sibuk dalam UMNO lg??
    nak hancurkan UMNO drpd dalam ke??

  2. Umno ingin bersendiri kerana ingin mati pun sendiri2 tidak menyusahkan orang lain. Kalau hidup pun sendiri2 tidak berbahagi kuasa dengan orang lain. Kalau rakyat rasa umno sudah tidak diperlukan lagi jangan lah dipilih dalam pru nanti.

  3. Siapa org Umno yg hantar surat sokongan kepada Anwar dan PH Dapig lg bangsat !!!

  4. Kepimpinan UMNO sekarang nak selamatkan Zahid dan Najib bukan nak selamatkan umat Melayu. Carilah jalan bagaimana nak percepatkan pemilihan UMNO dan singkirkan petualang petualang yang menunggang UMNO untuk melepaskan diri dari kes kes mahkamah.

Comments are closed.