Petugas Sel Care mengambil sempel ujian saringan Covid-19 penduduk sekitar Petaling Jaya di Dewan Serbaguna (MBPJ) Petaling Jaya, Selangor. Foto FIKRI YAZID 28 FEBRUARI 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat daerah di Selangor mencatat kes harian Covid-19 di bawah 10 semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan, daerah terbabit ialah Hulu Selangor yang merekod lapan kes, Sepang (5), Kuala Selangor (4) dan Sabak Bernam (1) kes.

Bagaimanapun, Petaling kekal mencatat kes tertinggi iaitu 144 membabitkan mukim Damansara (74), Petaling (50), Sungai Buloh (14) dan Bukit Raja (enam), majoriti saringan pekerja.

Manakala Hulu Langat merekod 115 kes iaitu 39 kes di mukim Kajang, Ampang (34), Cheras (24), Hulu Langat dan Semenyih masing-masing lapan kes manakala baki kes import.

Data JKNS turut melaporkan sebanyak 31 kes dilaporkan di Klang, Kuala Langat (23) dan Gombak (21).

Selangor merekodkan 352 kes Covid-19 semalam dan jumlah keseluruhan kes di negeri itu mencatat 117,122 kes sejak pandemik menular. – MalaysiaGazette