Seorang lelaki memakai pelitup muka yang diwajibkan oleh Kerajaan Perancis ketika berada berhampiran sebuah kafe di tepi Sungai Seine. foto AP

PARIS – Perancis telah melaksanakan sekatan kali ketiga berikutan lonjakan kes Covid-19 yang mengancam kapasiti hospital-hospital di negara itu.

Semua sekolah dan kedai yang tidak penting akan ditutup selama empat minggu.

Tempoh waktu darurat dilaksanakan dari jam 7 malam hingga 6 pagi.

Pada hari Jumaat, jumlah pesakit Covid yang sakit parah di unit rawatan intensif (ICU) meningkat sebanyak 145 orang – lonjakan terbesar dalam lima bulan.

Presiden Emmanuel Macron telah berjanji memastikan pesakit Covid-19 mempunyai tempat di hospital-hospital.

Perancis ketika ini sedang berjuang kemuncak kira-kira 5,000 pesakit Covid di ICU.

Pada hari Jumaat, negara mencatatkan 46,677 kes baharu dan 304 kes kematian.

Selain sekatan yang berlaku pada hari Sabtu, dari hari Selasa, orang ramai juga dikehendaki mengemukakan alasan yang sah untuk menempuh jarak lebih dari 10 km (enam batu) dari rumah mereka.

Macron berharap kes koronavirus dapat dikawal sebaik-baiknya tanpa perlu melaksanakan sekatan pergerakan lagi.

Bagaimanapun negara itu berdepan dengan penangguhan agihan vaksin oleh Kesatuan Eropah, selain bergelut dengan varian baharu koronavirus. – MalaysiaGazette