Aksi perlawanan antara Liverpool dan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.

LONDON – Liverpool yakin kembali memberi saingan bagi merebut kedudukan empat terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang bergaya ke atas Arsenal 3-0.

Ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut pasukan yang diurus Jurgen Klopp di tempat lawan.

Liverpool menguasai permainan pada babak pertama namun, hanya berjaya memecah kebuntuan gol pada babak kedua menerusi pemain kelahiran Portugal, Diogo Jota.

Selang beberapa minit penyerang Mohamed Salah mengambil kesempatan ke atas pertahanan rapuh Arsenal dan meleretkan bola antara kaki Bernd Leno.

Jota kemudianna menambah gol ke tiga buat Liverpool pada minit ke-82 sekali gus memastikan The Reds pulang dengan tiga mata penuh.

Liverpool kini di tangga ke lima liga dengan 49 mata. – MalaysiaGazette