Alberto Fernandez. foto Agensi

BUENOS AIRES – Presiden Argentina, Alberto Fernandez disahkan positif Covid-19 tetapi kesihatannya masih baik walaupun mengalami sakit kepala dan demam.

Fernandez, 62, sebelum ini memaklumkan beliau dikuarantin di bawah standard protokol Covid-19 selepas ujian saringan yang dijalankan mengesahkan dijangkiti virus itu.

Beliau telah menerima vaksin Sputnik V yang dihasilkan Rusia awal tahun ini.

Walaupun begitu, Fernandez masih menjalankan tugas.

“Saya dalam semangat yang baik,” katanya.

Institut Gamaleya Rusia yang mengembangkan vaksin Sputnik V, mengeluarkan kenyataan terbuka kepada Fernandez, mengatakan Sputnik V adalah 91.6% berkesan terhadap jangkitan dan 100% berkesan terhadap kes-kes koronavirus yang teruk.

“Vaksinasi akan memastikan pemulihan cepat tanpa gejala yang teruk,” katanya.

Wabak Covid-19 di Argentinatelah membunuh lebih daripada 56,000 orang di negara ini hingga kini.

Sejumlah 682,868 orang penduduk Argentina telah divaksinasi sepenuhnya, dengan orang tua dan pekerja kesihatan mendapat keutamaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast