MGNews: ATM Perlukan MRSS Berbanding Kapal Hospital Tentera

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak memerlukan kapal hospital buat masa ini bagi melaksanakan sebarang misi perubatan sama ada membabitkan operasi atas laut baik di dalam mahupun luar negara.

Sebaliknya ATM lebih memerlukan kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) bagi menghadapi segala kemungkinan di perairan negara,kata Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Dr. Md. Amin Muslan.