expressways The toll charges increment at three highways that was supposed to begin on 1 January has been postponed until the end of the year in the government’s effort to reduce the cost-of-living of the people affected by the Covid-19 outbreak. The toll charges increment at KESAS, LTP2 and SKVE expressways that was supposed to begin on 1 January has been postponed until the end of the year
Datuk Seri Fadillah Yusof. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 06 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) memperbaiki sebanyak 206,570 jalan raya di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebanyak 168,003 jalan raya berlubang dikesan di Semenanjung Malaysia.

“Sebanyak 38,567 lagi jalan raya berlubang dikesan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Dari tahun 2016 sehingga 2020, sebanyak 1,079,449 lubang telah ditampal di Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus Menteri Kanan Kerja Raya Bersama Ketua Editor Media di Kompleks Kerja Raya di sini hari ini.

Menurut Fadillah, banyak punca jalan raya berlubang antaranya disebabkan jangka hayat sesebuah jalan raya yang hanya kira-kira lima hingga tujuh tahun sahaja.

Katanya, struktur jalan raya yang telah melebihi jangka hayat tidak mampu menampung bilangan kenderaan yang semakin bertambah.

Jelas beliau, peruntukan untuk penyelanggaran jalan raya Kementerian Kerja Raya hanya RM800 juta setahun sedangkan anggaran kos untuk membuat jalan raya baharu jauh lebih besar.

“Banyak teknologi baharu, tetapi bergantung kepada peruntukan yang ada. Komitmen kita apabila ada aduan jalan berlubang akan buat tampalan sementara dalam tempoh 24 jam.

“Kemudian baru buat tampalan kekal sehingga dapat peruntukkan buat semula jalan raya,” ujarnya.

Terdahulu, Fadillah memaklumkan, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah siap 49 peratus, manakala Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pula siap 62 peratus. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.