MGNews: ‘Cleaner’ Dipaksa Bekerja Lebih 3 Lokasi Tanpa Kemudahan PPE – Kesatuan

PUTRAJAYA – Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-Hospital Kerajaan mendakwa 30 ahlinya yang bekerja sebagai pembersih (cleaner) di 33 hospital Utara Semenanjung diberhentikan kerja tanpa pembelaan.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan berkenaan, M Sarasvaty berkata, kesemua ahlinya yang diberhentikan oleh syarikat pengendali pekerja sokongan Edgenta UEMS Sdn Bhd adalah berumur 60 tahun dan ke atas.