Foto Facebook KKM.

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu penularan Covid-19 di negara ini kembali melonjak menghampiri angka 2,000 selepas merekodkan 1,854 kes baharu hari ini.

Angka terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 sehingga kini sebanyak 357,607 kes.

Menurut hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah jangkitan pada hari ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding semalam yang mencatatkan 1,285 kes.

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 555 kes, diikuti Selangor (403) dan Pulau Pinang (176).

Perlis pula kes tiada kes hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast