YDP Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berucap pada Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-53/54 Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 10 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya ahli politik khususnya wakil rakyat yang memenangi mana-mana pilihan raya diberikan latihan akademik khususnya perundangan dan adat istiadat setiap kaum di negara ini.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berkata, ia sebagai persediaan awal sebelum mereka layak menjadi sebahagian daripada pembuat dasar di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya kira keperluan mendesak, semua pihak yang beroperasi dalam perkhidmatan ada belaka latihannya seperti Intan (Institut Tadbiram Awam Negara) kepada pegawai-pegawai kita.

“Untuk orang politik tiada, menang saja pilihan raya masuk Parlimen, apa harus cakap, apa yang tak boleh dilakukan tidak ada disebut, tiada latihan.

“Jadi ada penting bagi ahli politik bukan politikus untuk menjalani latihan, tapi ini ditangan pucuk pimpinan dan saya percaya masa akan menentukan keperluannya.

“Kita tahu bahawa negara-negara lain, latihan dan bimbingan diberikan. Saya fikir ini satu keperluan bagi Malaysia millenia akan datang,” katanya kepada pemberita di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-53/54 Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Rais mendedahkan badan latihan akademik untuk orang-orang politik dan wakil rakyat tidak pernah diwujudkan sejak merdeka di negara ini.

“Kita tiada institusi seperti ini sebelum ini, malah sejak merdeka pun tak pernah ada.

“Saya rasa kita perlukan institusi ini pada masa hadapan,” katanya.

Rais juga menyifatkan latihan seumpama itu hanya wujud untuk penjawat awam sahaja sebagai tidak seimbang sedangkan pembuat dasar tiada pendedahan sama.

“Apa yang harus kita boleh kata di Parlimen, tak boleh kata bagaimana kita bandingkan dengan pengkhidmat awam

“Mereka bila kena dakwa, berhenti segala-galanya, tak boleh pergi ke sana, tak boleh memberi syarahan, mereka diam di bawah perintah am.

“Orang politik sudah jatuh hukuman, masih lagi menjalankan kegiatan-kegiatan

“Apakah ini adil, pada saya bercanggah dengan Perkara 8, Perlembagaan Malaysia

“Harus difikirkan ini sebagai latihan dan tanda untuk menyatakan kita mempunyai peraturan,” jelasnya.

Ditanya tentang pihak yang layak memberikan latihan akademik politik itu, Rais berkata ahli akademik dan veteran politik yang berwibawa boleh menjadi tenaga pengajar dalam institusi itu.

“Pakar-pakar dalam institusi, pemimpin-pemimpin yang sudah mencapai tahap pimpinan berwibawa termasuk bekas pemimpin tinggi dan harus diberi syarat-syarat yang tentu dan mudah dilaksana dan pelatih itu penting,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Tak perlu tubuh…mareka bkn tak pernah bersekolah. Kalu itu pn x reti..tak payah jd ahli politik

  2. Setuju sangat. Buat abiskan boress joo.

    Semakin dewasa dlm politik, semakin kuat “katak melompat” – mencari rumput hijau di sebelah kandang, mencari keuntungan wang ringgit – dan paling ramai *mencari kedudukan”….. dll alasan.

    Jika masih ramai ahli2 politik berfikiran spt di atas…buat university sekalipun tak akan mengubah minda orang2 politik nie.

Comments are closed.