Serina Redzuawan

KUALA LUMPUR – Pelakon Serina Redzuawan menjelaskan dia dan suaminya bukan bernikah di Siam seperti yang didakwa oleh bapanya.

Sebaliknya, Serina berkata, dia bernikah di sebuah negeri di dalam Malaysia, namun tidak menyebut secara spesifik.

”Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina & Suami. Lepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kawin di siam itu adalah “TIDAK BENAR” KAMI BERNIKAH DI SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA,” katanya menerusi akaun Instagramnya.

Serina mengakui beliau terkejut apabila bapanya memaklumkan dia berkahwin di Siam, sedangkan sempadan negara masih ditutup sekarang.

Lantaran itu, beliau meminta warga maya berhenti membuat tuduhan dan fitnah ke atas dirinya.

”Astaghfirullahalazim, cuba doakan yang baik baik jangan jadikan social media tempat tambah dosa mengumpat, fitnah dan maki hamun org lain.

‘…besar dosa nya nak menjawab di akhirat kelak. Sebab itu kalau kita tak tau jangan kita memandai nak komen dan hentam org lain, Semua yang terjadi atas izin Allah jodoh kami dah tertulis,” ujarnya lagi.

Serina mengakui ramai yang menghasut bapanya kerana mahu melihat keluarganya hancur sedangkan selama ini tidak ada masalah pun.

Menurut Serina, secara jujurnya, Chef Wan sudah mengetahui dia dan pasangannya akan bernikah kerana sudah memaklumkan kepada beliau.

”Infact papa sendiri ada post di IG dia sebelum ni dia restu hubungan kami bernikah benda baik halal kan hubungan di tuntut dalam Islam. Siap cakap makan makan di Restoran Papa je nanti utk kenduri jamuan doa selamat,” jelasnya lagi.

Malah dalam posting tersebut, Serina memberitahu, suaminya yang diperkenalkan sebagai Aidid itu bukan suami orang, tetapi seorang duda.

Walaupun berdepan dengan cabaran selepas kembali bergelar isteri, Serina berkata, dia memaafkan orang-orang yang memfitnah dan cuba menghancurkan keluarganya.

”Moga Allah beri org ini hidayah.Tolong hormat juga keluarga belah mertua Serina. Mereka pun ada perasaan. Akhir kata Doakan perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bapa bengong..anak pun 2 X 5…ko ada masalah nikah kat dlm laut kaa..pergilah bincang dlm keluarga…ni bapak mengata anak kat media sosial..anak menjawab bapak kat media sosial juga..hal keluarga plak tu..mmg gila publisiti murahan

Comments are closed.