Letusan dari gunung berapi La Soufrière,kelihatan dari kawasan perumahan. foto Agensi

CARIBBEAN – Ruang udara Pulau St Vincent yang hitam dipenuhi asap dan debu memaksa ribuan penduduk terpaksa dipindahkan daripada kediaman mereka.

La Soufrière, yang tidak aktif selama beberapa dekad, mula menunjukkan aktiviti gunung berapi pada bulan Disember dan aktiviti tersebut semakin meningkat minggu ini.

Pada hari Khamis, Perdana Menteri Ralph Gonsalves mendesak lebih daripada 16,000 penduduk di “zon merah” untuk berpindah.

Gunung berapi sejak itu memuntahkan abu gelap sejauh 6 km (3.7 batu) ke udara.

Gunung berapi itu sudah tidak aktif sejak tahun 1979, tetapi pada bulan Disember ia mulai memuntahkan wap dan asap dan mengeluarkan bunyi.

Tanda pertama letusan berlaku pada hari Khamis petang, ketika kubah lava tiba-tiba kelihatan di La Soufrière.

Sebagai tindak balas, pada malam yang sama, Gonsalves memerintahkan pemindahan segera penduduk dari kawasan sekitarnya.

Kemudian sebelum jam 9 pagi, pada hari Jumaat, ahli seismologi dari Universiti Hindia Barat mengesahkan bahawa “letusan letupan” sedang berlaku.

Sebilangan besar pulau Lesser Antilles berada dalam lengkungan gunung berapi di Caribbean Timur.

Letusan terakhir pada tahun 1979, menyebabkan pulau itu terpaksa menanggung kos lebih daripada AS$100 juta..

Bencana alam terburuk di situ pernah berlaku pada tahun 1902, membunuh lebih daripada 1,000 orang. – MalaysiaGazette