Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima kawasan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok sehingga 24 April ini.

Kawasan itu ialah di sembilan Rumah Panjang Sungai Duan, Mukah, Sarawak; Politeknik Mukah, Mukah, Sarawak; Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak; Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah dan Kampung Bukit Belacon, Mukim Segama, Lahad Datu, Sabah.

Manakala PKP di daerah Lahad Datu, Sabah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, webanyak 23 kes positif Covid-19 telah direkodkan di sembilan lokaliti Rumah Panjang Sungai Duan, Bahagian Mukah, Sarawak dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi setakat semalam.

Sembilan Rumah itu ialah:
 Rumah Panjang Subing anak Jabo/Stevenson anak Ebek
 Rumah Panjang Dingun anak Tidih
 Rumah Panjang Nyaun anak Ganai
 Rumah Panjang anak Tangkun
 Rumah Panjang Budin anak Majang/Migi anak Kadong
 Rumah Panjang Kinseng anak Jelian
 Rumah Panjang Muda anak Lunjang
 Rumah Panjang Ambo anak Ayom
 Rumah Jiram anak Tang

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan nasihat Kementerian Kesihatan, kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilokaliti ini.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar.

Sementara itu di Politeknik, Mukah, sehingga kini, KKM telah melakukan 72 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatifnya sebanyak 13 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

KKM juga mengesahkan kadar kebolehjangkitan di lokaliti ini adalah tinggi berikutan kesemua pelajar dan kakitangan bergerak
bebas dalam kampus sekali gus meningkatkan risiko penularan kes.

Di Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak pula sehingga kini, KKM telah melaksanakan 165 ujian saringan dan
daripada jumlah itu, secara kumulatifnya sebanyak 10 kes positif CovidD-19 dilaporkan.

KKM turut mengesahkan terdapat penularan kes selain kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti berkenaan.

Manakala Kampung Bukit Belacon, Mukim Segama, Lahad Datu, Sabah, KKM telah melaksanakan 543 ujian saringan dan
daripada jumlah itu, secara kumulatifnya sebanyak 26 kes positif Covid-19 dilaporkan.

Bagi Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah pula KKM telah melaksanakan 113 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatifnya sebanyak 30 kes positif Covid-19.

Ismail Sabri berkata, Lahad Datu, Sabah pula sebanyak 103 kes positif telah direkodkan dalam tempoh 14 hari, selain terdapat 49 sampel ujian saringan masih menunggu keputusan.

Selain itu, KKM memaklumkan peningkatan mendadak kes postif harian dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

Pelaksanaan PKP ini untuk memastikan kadar infeksi terkawal dan tidak menular ke kawasan lain, ujarnya. – MalaysiaGazette