PKPD di beberapa mukim di Terengganu dan Perak serta kampung di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

PEKAN – Keputusan sama ada membenarkan atau tidak laungan azan dari beberapa buah masjid yang ditutup di lima lokasi penempatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini akan dibincangkan.

Pegawai Daerah Pekan, Datuk Zaliza Zulkifli berkata, perkara tersebut akan diperhalusi menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pekan malam ini.

Dalam pada itu, solat tarawih dan operasi bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi namun pihaknya berharap PKPD dapat ditamatkan lebih awal jika ada kerjasama baik daripada penduduk terlibat.

Tinjauan MalaysiaGazette pada hari kedua kedua PKPD di sini mendapati kira-kira 2, 500 rumah terlibat melibatkan 12,000 penduduk di kelima-lima kawasan terbabit masih terkawal.

“Sepertimana SOP MKN berkuatkuasa, penduduk yang terlibat perlu solat di rumah bagi tempoh 14 hari. Operasi kedai makan dibenarkan pukul 3 petang hingga 12 malam menjual makanan berbungkus sahaja manakala operasi bazar Ramadan tidak dibenarkan,” kata Zaliza.

Manakala Ketua Polis Daerah Pekan, Razli Yusof pula berkata, anggotanya juga dikerah untuk meronda kawasan perumahan selama 24 jam bagi memastikan keselamatan dan pematuhan SOP dipatuhi.

“Seramai 125 anggota bertugas  secara bergilir di dua pos kawalan utama melibatkan empat agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

Selain itu Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Seri Mohamed Puzi Sheikh Ali juga sering meninjau bagi  memastikan kebajikan terjaga dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

Terdahulu, lima lokasi di Pekan yang terlibat PKPD bermula 9 April hingga 22 April melibatkan lima lokasi Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast