Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan tazkirah sebelum solat jumaat ketika di Program Ketua Polis Johor bersama Masyarakat sempena peringatan hari Polis ke 214 di Masjid Kampung Sri Lalang, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 APRIL 2021.

Mersing – Pendekatan polis Johor menyantuni masyarakat dengan cara berbeza dan santai memberi ruang kepada mereka untuk menyalurkan maklumat secara bersemuka.

Ketua Polis Johor,Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya mengambil kaedah itu untuk memastikan maklumat serta jurang antara polis bersama masyarakat menjadi lebih dekat.
Ayob Khan Mydin Pitchay beramah mesra bersama pengunjung selepas Program Ketua Polis Johor bersama Masyarakat sempena peringatan hari Polis ke 214 di UTC Pasir Gudang Seri Alam, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 APRIL 2021.
“Saya memang daripada dulu suka berinteraksi terus dengan masyarakat, sama pendekatan yang diguwalaupun sebelum ini sama di Bukit Aman konsep sama digunakan.
“Apabila kita turun bawah baru kita boleh bersemuka dengan masyarakat dan masyarakat pun rasa selesa dan terbuka untuk berkongsi dengan kita sebarang maklumat dan maklumat ini boleh membantu pihak polis membanteras jenayah,” katanya di ketika di temui di Program Ketua Polis Johor Bersama Masyarakat di Pulau Tinggi Mersing,Johor semalam.
Ayob berkata, program julung-julung kali ini adalah salah satu medium untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih mesra dengan masyarakat melalui pengisian maklumat yang disampaikan.

“Kita tidak mahu perkongsian disampaikan secara formal sahaja, malah aktiviti secara santai lebih mudah dan menyeluruh,” tambah beliau.

Ayob Khan Mydin Pitchay beramah mesra bersama penduduk kampung ketika di Program Ketua Polis Johor bersama Masyarakat sempena peringatan hari Polis ke 214 di Pulau Tinggi Mersing, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 APRIL 2021.

Program Ketua Polis Johor Bersama Masyarakat semalam menjelajah ke beberapa lokasi termasuk di Pasir Gudang,Taman Tun Seri Lanang,Kota Tinggi dan Pulau Tinggi di Mesrsing membabitkan 278 kilometer.

Hari ini santuni masyarakat di hari kedua program diteruskan memasuki daerah Kluang dengan menyantuni masyarakat orang asli di Perkampungan Orang Asli Pengkalan Tereh, Kampung Gajah sebelum memasuji daerah Segamat dekat Labis,Lenga Muar dan di Sagil Tangkak bagi menyantuni anak-anak yatim. – MalaysiaGazette