Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari, Young Syefura Othman selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya di sini hari ini.- Pix FB ADUN Ketari.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari, Young Syefura Othman selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya di sini hari ini.

Beliau yang dikenali sebagai Rara itu sah menjadi milik eksekutif pengiklanan, Muhammad Edrin Nordin.

Mereka mengikat tali pertunangan Februari lalu dan resepsi diadakan di Wisma Selangor Dredging di sini pagi tadi.

Dalam status media sosialnya hari ini, Rara mengucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendokannya.

“Alhamdulillah semuanya sempurna. Terima kasih kepada yang mendoakan kami berdua,” katanya.

Ia merupakan perkahwinan kedua Rara yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengurus pelaburan pada tahun 2016.- MalaysiaGazette