Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Jumlah kesalahan individu yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan pertambahan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, semalam seramai 208 orang ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP, dengan 199 daripadanya dikenakan kompaun, manakala sembilan lagi direman.

“Antara kesalahan tertinggi semalam ialah terlibat dalam aktiviti pusat hiburan, seramai 112 individu, gagal menyediakan peralatan atau merekodkan butiran diri atau pelanggan 27 orang.

“Bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka hanya seramai 16 dan lain-lain kesalahan dalam 53 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, bagi kawalan sempadan negara, seramai sembilan pendatang asing tanpa izin ditangkap dalam Operasi Benteng, dan pasukan keselamatan merampas tiga kenderaan darat.

Dalam operasi itu juga, katanya, pihak berkuasa turut mengesan 115 bot atau kapal di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan dan tujuh pendatang asing tanpa izin (Pati) turut diusir melalui tiga aktiviti pengusiran.

“Op Benteng ini melibatkan polis, tentera, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi keselamatan lain.

“Sebanyak 256 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilakukan semalam iaitu Op Penawar 197 SJR, Op Benteng 50 SJR dan Op Benteng Aksem sembilan SJR,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast