Anthony Loke

SEREMBAN – DAP akan mempertahankan dua kerusi Parlimen dan 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan yang dimenangi sebelum ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke Siew Fook.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, perkara tersebut telah dipersetujui dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya yakin tiada isu pertindihan calon antara gabungan parti PH di negeri ini serta kami telah menyatakan sokongan dan komitmen terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun,” katanya kepada pemberita pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke-19 di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Aminuddin yang juga Pengerusi PH negeri.

Sementara itu, Lim berkata, tiada sebarang kerjasama politik di antara PH dan UMNO melainkan isu melibatkan kepentingan rakyat.

Untuk rekod, DAP Negeri Sembilan memenangi dua kerusi Parlimen iaitu Seremban dan Rasah manakala DUN termasuk Chennah, Bahau, dan Nilai. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast