Poster palsu yang tular mengatakan Kelantan akan dikenakan PKP mulai Rabu ini.

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menafikan Kelantan akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan itu, poster mengenai pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa Rabu 14 April ini, sebagaimana tular di media sosial adalah palsu.

“MKN menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan PKP di seluruh negeri Kelantan berkuatkuasa pada 14 April sehingga 12 Mei 2021 ini.

“Poster itu adalah palsu dan orang ramai diminta berhenti menyebarkan berita tidak benar,” kata MKN menerusi Twitternya, hari ini.

Semalam heboh mengatakan Kelantan akan diletakkan bawah PKP berikutan kes positif Covid-19 di negeri itu meningkat secara mendadak dan berada di tangga ketiga selepas Selangor serta Sarawak.

Pada masa sama, Kelantan turut mengumumkan pembatalan bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri itu berkuatkuasa serta merta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast