Jumlah penerimaan dos pertama dan kedua dilaporkan sebanyak 1,018,937

KUALA LUMPUR – Jumlah penerima dos pertama dan kedua vaksin Covid-19  terus meningkat apabila sebanyak 38,963 individu telah menerima suntikan vaksinasi semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata, jumlah penerimaan dos pertama dan kedua dilaporkan sebanyak 1,018,937 setakat semalam berbanding 11 April lalu sebanyak 979,974.

Daripada jumlah  tersebut, sebanyak 609,153 orang telah menerima dos pertama.

“Manakala, sebanyak 409,784 orang telah melengkapkan penerimaan dos kedua,” katanya.

Menurut Adham, jumlah pendaftaran juga menyaksikan penambahan sebanyak 88,505 orang.

Pertambahan itu menjadikan jumlah pendaftaran setakat ini sebanyak 8,602,156.

Oorang awam yang belum melakukan pendafaran boleh melakukannya di aplikasi MySejahtera atau di laman rasmi http://vaksincovid.gov.my atau hubungi Hotline 1800888828,” katanya di laman sosial twitternya hari ini. -MalaysiaGazette

Jumlahh laporan pendaftaran sebanyak 8,602,156