NIAMEY, Niger – Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak sekolah asuhan maut akibat terperangkap dalam kebakaran di ibu kota Niger semalam.

Pengawai Bomba, Kolonel Bako Boubacar berkata, bilik darjah yang diperbuat daripada jerami itu dijilat api sehingga menyebabkan kesemua mereka maut.

“Setelah mendapat laporan, kami semua bergegas ke tempat kejadian sebelum berjaya memadamkan kebakaran.

“Bagaimanapun, api terlalu marak ketika itu dan kesemua 20 kanak-kanak terbabit gagal kami selamatkan,” katanya.

Dalam masa sama, Pengawai Kesatuan Guru Niger, Mounkaila Halidou berkata, kebakaran bermula di pagar pintu sekolah.

“Di sini juga tiada laluan keluar kecemasan. Oleh itu, kami terpaksa memecahkan tembok untuk menyelamatkan diri,” ujarnya.

Punca kejadian masih belum dikenalpasti.

Niger disenaraikan sebagai negara paling miskin di dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membabitkan 189 negara.

Sehubungan itu, pihak berkuasa telah membina ribuan pondok jerami untuk digunakan sebagai bilik darjah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast