Graduan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nur Shima Sahimi, 24.

KUALA LUMPUR- Seorang pelajar graduan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima nanas sebagai penganti bunga konvo semalam.

Beliau yang dikenali sebagai Nur Shima Sahimi, 24, telah menerima hadiah buah nanas daripada ibunya selepas meraikan majlis Konvokesyen ke-18 USIM.

Jelasnya, kejutan dari ibunya itu walaupun melucukan tetapi menggembirakan hatinya kerana pemberian buah nanas tersebut adalah sesuatu yang istimewa selain bunga konvokesyen yang diterima.

“Buah nanas ini pada awalnya emak belikan untuk diberikan kepada kakak saya sebagai menu bahan masakan. Tapi kakak tidak jadi gunakan buah nanas ini kerana ingin masak menu yang lain.

“Oleh kerana tidak mahu membazir emak bawa buah nanas ini bersama ke majlis konvokesyen saya semalam.

“Selesai sahaja majlis di dalam dewan, emak minta saya ambilkan buah nanas tersebut dalam kereta dan terus diberikan kepada saya.

“Sebagai kenangan, kakak yang turut bersama ambilkan gambar saya bersama buah nanas pemberian emak.

“Alhamdulillah, ini merupakan pengalaman yang paling manis tidak dapat saya lupakan,” ujarnya.

Majlis Konvokesyen USIM yang sepatutnya dilaksanakan pada November tahun lalu dianjakkan pada 6 April sehingga 18 April ini akibat penularan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.