WELLINGTON – Lelaki yang menembak mati 51 orang di masjid New Zealand mengemukakan permohonan untuk mengkaji semula kehakiman dengan mencabar syarat-syarat penjara dan statusnya sebagai entiti pengganas.
Menurut Mahkamah di sini, satu semakan kehakiman akan dilakukan di Mahkamah Tinggi di Auckland esok untuk menjelaskan isu-isu yang mahu dibangkitkan Brenton Tarrant.
Maklumat awal yang diberikan kepada pegawai mahkamah menunjukkan Tarrant mahu mahkamah mengkaji semula keputusan yang dibuat Jabatan Penjara tentang syarat memenjarakannya dan status beliau sebagai entiti pengganas di bawah Akta Anti-Keganasan.
Bagaimanapun, perbicaraan itu tidak akan mengubah keputusan kes jenayah terhadap Tarrant atau sabitan serta hukumannya.
Rekod mahkamah menunjukkan Tarrant akan mewakili dirinya sendiri.
Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa dan mangsa yang terselamat telah dimaklumkan tentang perbicaraan itu.
Pada Ogos lalu, Tarrant dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa pembebasan bersyarat kerana membunuh 51 orang, yang mana ia meruipakan kes tembakan beramai-ramai paling dahsyat dalam sejarah negara itu. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN :