Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemantauan Audit (SC) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (AOB) mengenakan penalti monetari sebanyak RM47,500 ke atas Sandra Segaran a/l Muniandy @ Krishnan, rakan kongsi Ernst & Young PLT kerana gagal mematuhi keperluan Piawaian Pengauditan Antarabangsa ketika mengaudit entiti kepentingan awam.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengurangkan jumlah penalti tersebut kepada RM47,500 daripada RM63,000 pada 8 April 2021, susulan rayuan yang dibuat oleh Sandra kepada SC.

AOB mendapati Sandra telah melanggar seksyen 31Z (1) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 kerana gagal mematuhi syarat pendaftaran yang dikenakan oleh AOB seperti yang dinyatakan dalam seksyen 31O (3).

Secara khusus, Sandra telah gagal melaksanakan prosedur audit untuk menyokong asas pendapat audit bagi tugasan audit dalam bidang hartanah, kelengkapan dan peralatan.

Dia juga tidak melaksanakan prosedur audit yang mencukupi dalam bidang pinjaman dan peminjaman serta penyatuan kumpulan. – MalaysiaGazette