MGNews: PN Sedia Terima Tun M Tapi Jangan Ada Syarat – Hamzah

Perikatan Nasional (PN) sedia menerima Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai gabungan itu sekiranya bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak meletakkan sebarang syarat.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Perlembagaan Bersatu tidak melarang penyertaan Ahli Parlimen Langkawi yang terlucut keahlian pada Jun tahun lepas kerana memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan selepas parti keluar daripada gabungan itu.