safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Dek kerana terpedaya dengan cinta seorang lelaki Amerika Syarikat, seorang wanita tempaatan berputih mata apabila kehilangan wang berjumlah RM2.78 juta.

Penipuan itu berlaku selepas mangsa yang berusia 44 tahun berkenalan dengan suspek lelaki yang didakwa seorang bekas juruterbang sekitar November tahun 2020 melalui aplikasi Tinder.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Superintendan Mohd MahidishamIshak berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa semalam yang mendakwa dirinya menjadi mangsa love scam dan mengalami kerugian sebanyak RM 2,778,458.

Wanita itu mendakwa lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai seorang bekas juruterbang sebuah syarikat penerbangan Iuar negara.

“Sepanjang tempoh perkenalan selama lima bulan, mangsa telah diminta membuat beberapa bayaran ke dua akaun syarikat tempatan bagi membiayai kursus penerbangannya

“Setelah melakukan beberapa transaksi atas permintaan suspek, mangsa yang telah kehabisan wang simpanannya dan terpaksa meminta bantuan kewangan daripada ahli keluarganya bagi tujuan membantu suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa tersedar dirinya telah ditipu oleh suspek setelah dinasihatkan oleh keluarganya dan membuat laporan polis.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sepanjang tahun 2020, polis telah membuka sebanyak 72 kertas siasatan melibatkan love scam.

Katanya, angka itu lebih tinggi berbanding 42 kertas siasatan pada tahun 2019.

“Data menunjukkan kebanyakan mangsa adalah dalam kalangan wanita yang berusia 30 hingga 60 tahun dan merupakan golongan yang berpendidikan dan bekerjaya,” ujarnya sambil menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan hubungan cinta di platform media sosial. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bila mabuk sweet baby darling tak reti dinasihat orang . bukan semua orang putih jahat nanti saya akan buktikan ……… Lepas tu terbang ratusan ribu wang kwsp untok masa tua . jiran sebelah lagi terhutang dan tertipu . sekarang nak cari suami orang melayu yang dah kenal dah tau dah . ……

Comments are closed.