Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) menafikan penglibatannya dalam sebarang pengaturan quid-pro-quo, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ashran Ghazi.

KUALA LUMPUR – Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan (PPISK), sebuah program perolehan Kerajaan yang akan memberi impak kepada sektor sosial seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021 kini dibuka untuk pendaftaran menerusi portal mymagic.my/ppisk.

MaGIC, agensi kerajaan yang berperanan memperkasa syarikat pemula dan inovasi sosial telah diberi tanggungjawab untuk mengenalpasti pemohon yang layak untuk menyertai PPISK.

Perolehan sosial adalah elemen penting pelaburan impak sosial yang diterajui kerajaan.

PPISK akan membolehkan perusahaan sosial (Social Enterprise) untuk mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan seterusnya menyertai perolehan Kerajaan dengan nilai keseluruhan sehingga RM20 juta.

PPISK akan menjadi inisiatif pertama seumpamanya yang memanfaatkan kuasa membeli Kerajaan untuk mewujudkan impak sosial dan alam sekitar yang positif.

Melalui program ini, perusahaan sosial yang kebanyakannya terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan dapat terus dibangunkan melalui peluang pembangunan perniagaan dan pelaburan, kata MaGIC.

Lima Kementerian telah dikenalpasti untuk pelaksanaan projek rintis selama 12 bulan iaitu Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Langkah kerajaan ini akan mendorong pertumbuhan perusahaan sosial yang berterusan di Malaysia dengan menyokong peranan mereka mewujudkan peluang pekerjaan melalui inovasi sosial.

PPISK akan menyediakan persaingan yang adil dan saksama kepada perusahaansosial, memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan inisiatif penyelesaian berimpak sosial dan seterusnya mendorong pembangunan ekosistem inovasi sosial.

Bagi tujuan promosi, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perusahaan social, MaGIC akan menyenaraikan semua pemohon PPISK yang diluluskan di laman web Buy For Impact [www.buyforimpact.co].

Maklumat ini membolehkan individu dan organisasi yang berminat untuk menyokong perusahaan sosial membeli
barangan dan perkhidmatan mereka.

Antara inisiatif penyelesaian yang ditawarkan oleh perusahaan sosial adalah seperti pembekalan bahan binaan alternatif dengan harga berpatutan untuk perumahan luar bandar, program literasi untuk belia yang kurang berkemampuan dan produk
cenderahati oleh masyarakat orang asli.

Ini merupakan usaha menang-menang selaras dengan komitmen Kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan golongan
rentan melalui ekosistem inovasi sosial yang menyumbang kepada pertumbuhanmampan.

Menurut tinjauan oleh SEWF Digital pada September 2020, 26 peratus perusahaansosial berpendapat bahawa dasar Kerajaan yang menyokong inovasi sosial akan memberi kesan besar terhadap kelestarian mereka.

Sementara itu 18 peratus yakin bahawa perolehan awam dan swasta akan menyediakan peluang yang besar
kepada mereka untuk terus berkembang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast