safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

JOHOR BAHRU- Seorang pengurus syarikat keselamatan ditahan kerana bukan sahaja melanggar syarat lesen agensi persendirian menggajikan pekerja warga asing tanpa permit malah juga didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, warganegara tempatan berusia 32 tahun itu juga mempunyai tiga rekod jenayah lampau bersabit kes dadah.

Beliau berkata, pada Rabu lalu kira-kira jam 11. 30 pagi, sepasukan polis telah buat pemeriksaan di sebuah pondok pengawal keselamatan di sebuah taman perumahan kawasan Mutiara Rini, Skudai.

Hasil pemeriksaan, dua  pengawal keselamatan warga Paistan yang berumur 29 dan 34 tahun gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan permit pengawal keselamatan yang sah.

“Manakala seorang lagi lelaki berumur 32 tahun yang merupakan pengurus kepada kedua-dua anggota pengawal keselamatan tersebut turut ditahan semasa berada di lokasi sama.

“Kesemua mereka telah menjalani ujian saringan air kencing dan hasil dari ujian tersebut dapati pengurus pengawal keselamatan tersebut telah positif dadah dan turut mempunyai  rekod jenayah lampau bersabit kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ekoran daripada tangkapan tersebut, pada hari yang sama, dua lagi pengawal keselamatan warganegara India berumur 28 tahun bersama seorang lagi lelaki warganegara Pakistan 23 tahun juga ditahan.

“Kedua-duanya juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri
yang sah dan ditangkap semasa berada di pondok pengawal keselamatan taman perumahan tersebut.

“Sebanyak empat helai baju pengawal keselamatan berwarna putih yang dipakai tertera logo dan tulisan PIKM turut dirampas,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen/ 55B Akta Imigresen / 14  Akta Agensi Persendirian 1971 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen / 39(b).

Semua suspek  dibawa ke mahkamah Johor Bahru bagi proses penahanan reman.- MalaysiaGazette