PH PTPTN
Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) diminta bertindak segera ‘menghapuskan’ video raya syarikat judi yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, iklan GDBET333 itu benar-benar mencabar undang-undang negara bahkan juga kemuliaan bulan Ramadan.

“Kerajaan melalui SKMM wajib bertindak seberapa segera yang mungkin. Iklan itu wajib ditarik balik semula dan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan iklan ini wajib diadili,” ujarnya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Seja semalam penularan video raya syarikat judi itu cukup menimbulkan kritikan dalam alangan netizen kerana ia seolah-olah mempermainkan agama Islam.

Sudahlah para pelakon video itu Melayu dan berpakaian baju Melayu dan baju kurung namun menyanyi mempromosi syarikat judi dan mengaitkannya dengan sambutan hari raya.

Antara bait-bait lagu dalam video ilan berenaan ialah; “Apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya.”- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.