SAO PAULO – Kerajaan Brazil mencadangkan wanita di negara itu menangguhkan hasrat untuk mengandung berikutan catatan kes harian Covid-19 ketiga tertinggi dunia,

Cadangan itu dipercayai akan dilaksanakan sehingga keadaan penularan virus tersebut dapat dikawal.

Agensi berita melaporkan, pandangan itu telah dikemukakan kerajaan setelah ramai maut akibat koronavirus setiap hari berbanding negara lain.

Menteri Kesihatan Brazil, Rapahel Parente berkata, varian baharu Covid-19 di negara itu disifatkan lebih berbahaya kepada wanita hamil dan bayi dalam kandungan berbanding varian asal koronavirus.

“Varian P.1. Yang menular di seluruh negara ketika ini boleh bertindak agresif terhadap wanita hamil, sekali gus mewujudkan risiko pada kandungan,” ujarnya.

Sebelum ini, jangkitan  Covid-19 tertumpu pada fasa terakhir kehamilan, namun terdapat beberapa kes serius yang membabitkan fasa pertama dan kedua kehamilan.

Brazil merekodkan 13,834,342 kes Covid-19 dengan 369,024 kematian. – MalaysiaGazette