Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,331 kes positif baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumlatif meningkat kepada 372,859 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 751 kes.

Ia disusuli Sarawak dengan 512 kes, Kuala Lumpur (252 kes) dan Kelantan (225 kes), Sabah (163 kes), Pulau Pinang (116 kes), Johor (100 kes), Negeri Sembilan (89 kes), Kedah (45 kes) dan Perak (42 kes)

Selain itu, Pahang mencatatkan 20 kes, Melaka (9 kes), Putrajaya (4 kes), Labuan (2 kes), Perlis (1 kes) manakala tiada kes baharu direkodkan di Terengganu. – MalaysiaGazette