CHENNAI – Artis terkenal India, Vivek atau nama sebenarnya Vivekanandan menghembuskan meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital SIMS, Vadapalani.
Agensi berita India melaporkan, Vivek yang terkenal sebagai ikon dalam dunia komedi telah dimasukkan ke hospital semalam selepas diserang sakit jantung dan keadaannya dilaporkan kritikal sejak itu.
Beliau mengalami serangan jantung itu kurang 24 jam selepas menerima suntikan vaksin Cobid-19, Covaxin.
Vivek yang memulakan karier seninya pada awal 80-an di bawah pengarah dan penulis terkenal, K Balachander mempunyai ramai peminat di India terkenal kerana membintangi filem blockbuster seperti Run (2002), Saamy (2003), Perazhagan (2004), Parthiban Kanavu (2003), Anniyan (2005) dan Sivaji (2007).
Pelakon yang berusia 59 tahun itu sempat mengadakan sidang media untuk berkongsi pengalamannya menrima vaksin Covid-19.
Vivek telah mempromosi kebaikan menerima vaksin Covid-19 dan memohon masyarakat supaya tidak takut, sebaliknya yakin dengan vaksin itu bagi membendung penularan pandemik tersebut.
Ketika dibawa ke hospital, Vivek sudah tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun Naib Presiden hospital itu, Dr. Raju Sivasamy menafikan serangan jantung yang dialami pelakon itu mempunyai kaitan dengan suntikan vaksin Covaxin.
India mencatatkan lebih 4.2 juta kes jangkitan Covod-19 dengan kes kematian sebanyak 175,673 kes. – MalaysiaGazette