PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUANTAN – Operasi Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) ditutup susulan seorang penuntut di institusi milik penuh Yayasan Pahang itu dijangkiti virus Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, perkara itu diputuskan oleh ahli mesyuarat Taskforce Covid-19 Negeri Pahang yang bersidang semalam.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan yang diketuai oleh ASP Mohamad Keny Anyie Abdullah Mohd  Fazly Yaakob bergerak ke lokasi untuk melaksanakan perintah penutupan itu berikutan maklumat yang diberikan.

Mesyuarat itu memutuskan untuk melaksanakan penutupan UCYP ekoran seorang pelajar disahkan positif Covid-19 kelmarin.

“Semua pelajar dan kakitangan UCYP telah menjalani kuarantin kendiri di bilik masing- masing sejak 15 April manakala hanya staf keselamatan yang bertugas mengawal premis.

“Semua laluan keluar dan masuk termasuk lorong-lorong tikus telah ditutup, manakala semua pergerakan keluar dan masuk ke UCYP juga tidak dibenarkan

“Seramai empat anggota Balai Kuantan berada di lokasi untuk megawasi kawasan pergerakan dan rondaan parameter sehingga selesai proses saringan.” Kata Mohamad Noor ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Dalam pada itu, pasukan Pusat Kesihatan Daerah Kuantan telah melaksanakan saringan secara besar besaran di UCYP yang mempunyai lebih 250 pelajar bermula petang semalam.

“Semua kontak rapat (CC1) dicadangkan untuk dipindahkan ke Pusat Kuarantin.

“Bagaimanapun, semua penghuni melibatkan tiga kakitangan, 110 pelajar lelaki dan 140 pelajar perempuan dikuarantin dan keadaan masih terkawal,” ujarnya. – MalaysiaGazette