Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette Covid-19 new cases Covid-19 deaths Covid-19 clusters education
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan 2,195 kes baharu Covid-19, sekaligus menyaksikan penurunan sebanyak 136 kes berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 2,185 kes adalah penularan tempatan, masing-masing 1,837 warga tempatan dan 348 warganegara asing.

“Sebanyak 10 kes pula adalah kes import membabitkan dua warga tempatan dan lapan warganegara asing.

“Ini menjadikan jumlah kes baharu setakat ini sebanyak 353,822 kes kumulatif manakala 19,854 adalah kes aktif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, kes sembuh pula menunjukkan penyusutan sehingga 405 kes berbanding semalam, menjadikan jumlah kes sembuh setakat hari ini mencecah 1,427 kes.

“Ini menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 353,822 kes kumulatif atau 94.3 peratus setakat jam 12 tengah hari ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, KKM juga merekodkan sebanyak 219 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Sebanyak 90 kes pula memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Manakala kes kematian baharu pula meningkat tiga kes berbanding semalam dengan lapan kes pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 sebanyak 1,378 kes kumulatif, 0.37 peratus membabitkan sembilan warganegara dan seorang bukan warganegara,” katanya.

Dalam pada itu, Sarawak masih negeri paling tinggi yang merekodkan kes baharu dengan 508 kes, diikuti Selangor (431), Johor (387) dan Kelantan (332), Kuala Lumpur (176) dan Sabah (112).

“Manakala negeri lain masih di bawah 100 kes, iaiti Pulau Pinang (84), Negeri Sembilan (42), Perak (35), Kedah (30), Terengganu (16), Melaka (15), Pahang (15), Labuan (6), Putrajaya (3) dan Perlis (3),” katanya lagi. – MalaysiaGazette