Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak turun pada hari Isnin di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan kenaikan kes jangkitan koronavirus di India dan negara-negara lain yang akan menyebabkan pelaksanaan peraturan lebih ketat dan menjejaskan aktiviti ekonomi termasuk permintaan untuk komoditi seperti minyak mentah.

Minyak mentah Brent turun AS$0.43 atau 0.6% kepada AS$66.34 setong pada 0139 GMT, setelah meningkat 6% minggu lalu.

Manakala minyak Amerika Syarikat susut AS$0.42 atau 0.7% kepada AS$ 62.71 setong, meningkat 6.4% minggu lalu.

“Dengan … kebangkitan semula kes virus di India dan Jepun, pelabur berlumba-lumpa untuk mengambil untung,” kata Stephen Innes, Ketua Strategi Pasar di Axi.

India melaporkan sebanyak 261,500 jangkitan harian koronavirus pada hari Ahad, menjadikan kes hampir 14.8 juta, kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat yang melaporkan lebih dari 31 juta kes jangkitan.

Kes kematian akibat Covid-19 di India meningkat sebanyak 1,501 kes kepada 177,150. – MalaysiaGazette