Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves. Foto MOHD ADZLAN, 19 APRIL 2021.

GOMBAK РPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah di Masjid Jamek Al-Amaniah di Batu Caves malam ini.

Kedatangan Muhyiddin disambut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tuan rumah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri) diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali (tiga kiri) berbual bersama imam dan AJK masjid ketika hadir solat terawih di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 19 APRIL 2021.

Terdahulu Muhyiddin tiba di pekarangan Masjid Jamek Al-Amaniah di sini kira-kira jam 8.24 malam.

Muhyiddin memenuhi undangan Mohamed Azmin untuk menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih bersama-sama anak-anak kariah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berbincang sesuatu sebelum menunggu solat tarawih bersama jemaah yang hadir di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves. Foto MOHD ADZLAN, 19 APRIL 2021.

Hadir sama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari, ADUN Gombak Setia yang juga Setiausaha Perhubungan PN Selangor, Muhammad Hilman Idham.

Sebelum beredar, Muhyiddin turut menjamu selera hidangan moreh yang disediakan ahli kariah Majlis Jamek Al-Amaniah di sini. – MalaysiaGazette