Ayam pasu, salah satu sajian Ramadan Premiere Hotel.

KUALA LUMPUR – Peminat bufet Ramadan yang berada di rumah sepanjang bulan Ramadan masih berpeluang menikmati makanan bufet di rumah sendiri apabila Première Hotel Klang memperluaskan perkhidmatan penghantarannya sepanjang bulan ini.

Pada tahun ini Première Hotel menawarkan Ayam Bakar Pasu dalam menu, selain makanan ikonik negeri-negeri seperti Gulai Kawah Pak Long, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Ikan Patin Masak Lemak, Rendang Masam, Ikan Bakar, Char Kway Teow dan banyak lagi,” kata Chef Eksekutifnya, Noor Hisham Mohamed Yussof.

Noor Hisham Mohamed Yussof

Ayam Pasu adalah sejenis ayam salai yang diperap semalaman dalam campuran rempah ratus dan kemudian dipanggang perlahan selama satu jam di dalam oven buatan yang menggunakan dua pasu bunga tanah liat bersaiz besar, bersama arang secara tradisional, menghasilkan rasa aromatik.

"Kaedah panggang ini memberikan rasa salai ayam yang sangat berbeza," tambahnya lagi.

Selain itu, pihak hotel juga mengambil inspirasi dari Coconut Shakes Klebang yang terkenal di Melaka dan mencipta campuran shake tersendiri iaitu Première Special Assorted Milk Milk Shake, gabungan air kelapa segar dan isinya, ais krim vanila yang manis dan buah-buahan pilihan; sama ada kelapa, nanas, pisang, bahkan asam boi!

Hidangan-hidangan ini dapat dinikmati oleh pelanggan yang makan di restoran dan melalui penghantaran.

Antara menu yang disajikan Premiere Hotel.

Penghantaran Set Ramadan berharga RM170 untuk dua orang dan pelanggan boleh membuat pesanan sehari lebih awal sebelum, di 03-3325 6828 atau melalui WhatsApp 012-449 6258.

Perkhidmatan penghantaran makanan disediakan dari jam 3 petang hingga 6 petang dan penghantaran percuma bagi mereka yang berada dalam jarak 5 km dari hotel.

Untuk makan di restoran, pelanggan boleh menikmati juadah bufet dengan harga RM100 setiap seorang. – MalaysiaGazette