KUALA LUMPUR – Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi.

Siti dan bayinya dalam keadaan baik dan sihat.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Siti menerusi Instagram.

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isterinya selamat melahirkan bayi kedua mereka.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Pasangan ini mempunyai anak perempuan, Siti Aafiyah Khalid, 3 tahun. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.