MGNews: Menteri Jangan Segan Menyinsing Seluar Lihat Barang Keperluan – Salahuddin Ayub

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) digesa mewujudkan lebih banyak barang kawalan sempena musim perayaan, berbanding 10 senarai yang dikuatkuasa, hari ini.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerajaan tidak perlu takut untuk menyenaraikan sehingga 30 barang keperluan rakyat pada harga kawalan kerana ia ternyata terbukti semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).